DIDIK BUDAK JADI BUDAK BUKAN JADI ROBOT

Hati saya macam dirobek-robek bila baca luahan seorang bekas cikgu tadika ini:

“Salam puan, maaf ganggu. Saya nak minta pendapat puan. Sebelum ini saya ada bekerja di sebuah tadika. Tadika itu mengguna pakai konsep ICTM iaitu konsep pembelajaran antarabangsa. Tadika itu mmpunyai 4 kelas, kelas 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun. Namun dari pemerhatian saya sebagai cikgu tadika baru disitu, saya melihat mereka mengajar pelajaran akademik dari pukul 8 pagi sehingga 12 tgh teemasuk budak 3 tahun, waktu bermain pula hanya dibenarkan pada wktu petang sahaja iaitu hanya trtumpu pada ibu bapa yg ambil overtime jaga anak sehingga 5 pm.

Mereka marah jika budak yg berusia 3, 4, 5, tahun bermain2 sebab mereka nak budak-budak itu fokus pada pelajaran. Saya geram bila melihat cikgu-cikgu disitu menengking budak 3 tahun jika mereka bermain, berlari, bising semasa mereka mengajar. Jika mereka tetap bermain, cikgu disitu akan menengking dan memaksa mereja belajar! Subjek yg diajar adalah B.Melayu, B.Inggeris, B.Cina Sains dan Matematik. Silibus pula seperti subjek budak darjah satu dan diajar pd budak seusia 3, 4, 5, 6tahun. Nonsense!

Disebabkan saya tidak tahan dgn konsep pembelajaran disitu, saya berhenti. Kadar yuran yg dikenakan pada ibu bapa adalah 5※※ sebulan. Jika ibu bapa mereka tahu mcm mana mereka memberi tekanan pada anak mereka, pasti mereka marah, saya pernah menegur cikgu-cikgu disitu bahawa adalah FITRAH budak-budak seusia itu mereka lebih suka bermain daripada belajar silibus budak darjah 1, tapi mereka menegur saya balik, mereka ckp budak-budak itu harus dimarah jika tidak budak-budak taknak belajar. Adakah silap tindakan saya puan..

Rahsiakn identiti saya puan”

Kasihan.
Umur 3 tahun sudah “dikurung” di dalam kelas dari pagi hingga petang semata-mata untuk belajar? Seriously cikgu-cikgu? Umur 3 tahun sudah diajar math? Ini bukan sekolah untuk anak jadi bijak, tapi sekolah yang melahirkan robot. Terkejut saya baca 

Didik budak jadi budak bukan jadi robot. Yang hanya pandai menghafal bukannya berfikir. Bukannya di sekolah semua subjek dapat A, tapi ada masalah sosial tak pandai berkawan. Bila masuk universiti sentiasa dapat DL tapi tak boleh tahan di tempat kerja sebab kerja hanya guna theory, tak pandai berfikir di luar kotak sebab kurang kemahiran berimaginasi.

Anak umur bawah 7 tahun WAJIB ada waktu bermain, ini bukan kehendak tapi KEPERLUAN. TOLONG jangan sekat keperluan bermain mereka! Kalau nak anak bijak pandai berfikir bila dah besar, tolong fahami keperluan mereka. Jangan paksa mereka belajar di awal usia. Melainkan itu memang minat mereka.

 

 

Mak ayah yang bekerja, dalam kesibukan bekerja mohon sangat untuk pantau aktiviti di tadika atau taska. Sebab semua ini akan memberi kesan pada perkembangan sosial, emosi, kemahiran berfikir dan sebagainya. Yang secara tak langsung akan mengganggu proses pembelajaran mereka dimasa akan datang. Maksud pantau bukan hanya tanya

“Hari ini belajar huruf apa?”
“Hari ini dah hafal sifir sampai mana?”
“Hari ini dah habis baca buku apa?”

 

Tapi tanya juga “HARI INI MAIN APA?”. Sebab apa?

1. Mereka perlukan semua rangsangan sekeliling untuk perkembangan otak yang sihat.
2. Mereka perlu berlari, memanjat dan melompat untuk perkembangan motor kasar juga untuk hubungkan otak kanan dan kiri.
3. Mereka perlu berborak, menyanyi dan bertanya untuk meningkatkan kemahiran bercakap dan berfikir. 
4. Mereka perlu main lawan-lawan raksaksa dan bina bangunan untuk meningkatkan kemahiran berimaginasi. 
5. Mereka perlu main olok-olok seperti main kahwin-kahwin, masak-masak dan main doktor-doktor untuk perkembangan emosi dan sosial.
6. Mereka perlu main pasir dan main lumpur untuk deria sentuhan dan motor halus. 
7. Mereka perlu main buaian untuk deria vestibular (keseimbangan), untuk tahu tangga dan longkang tinggi atau rendah.

 

Kalau nak cerita apa kebaikan bermain, banyak sangat tak terkira. Main banyak masa umur bawah 7 tahun tak akan ganggu pun pembelajaran anak, percayalah.

Bagi pengusaha tadika atau taska (newborn- 6 tahun), mohon sangat untuk selitkan jadual bermain, beri mereka masa untuk “membuang” tenaga sebelum duduk di kelas. Kurangkan masa belajar, lebihkan masa bermain. Anak-anak akan lebih focus jika keperluan bermain mereka tercapai.

Terima kasih, semoga bermanfaat. 

Maryam Jamadi
Occupational Therapist