SETIAP PERKEMBANGAN ANAK BERBEZA

Memang setiap perkembangan anak berbeza.

Tapi kalau 24 jam buka tv dirumah.
Setiap kali anak menangis disuakan handphone.
Handphone dah jadi macam “bantal busuk” atau puting anak.
Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv. 
Makan bubur hingga umur 6 tahun
Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya. 
Tidak pernah bawa anak keluar berjumpa orang lain sebab takut berjangkit penyakit.

Nak atau taknak percaya saya cakap terpulang pada mak ayah. Tapi sini saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa:

 

1. Anak menangis  Bagi handphone  Anggap handphone sebagai ubat penenang  Setiap kali menangis akan expect dapat handphone  Tak dapat handphone  Tantrum  Speech delayed  Tiada eye contact dan masalah sosial  Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi

2. Letak dalam baby cot 24 jam  Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat  Tak pandai melompat si umur 3 tahun  Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun  Gross motor delay  Speech delay

3. Makan bubur hingga umur 6 tahun  Kurang rangsangan oral motor Speech delay and picky eater

5. Gadget  Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak  Kurang rangsangan deria sentuhan  Delayed fine motor Susah untuk menulis

6. Gadget atau tv  Tidak dengar apabila nama dipanggil  Masalah terhadap Auditory Filtering  Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting  Speech Delay dan masalah fokus  Masalah potty train  Masalah Pembelajaran

7. Overprotective  Semua tak boleh main  Kurang rangsangan deria sentuhan  Geli nak makan sendiri  Tak pandai butang baju sendiri Geli nak cuci berak sendiri  Fine motor delay  Masalah potty training  Masalah skil urus diri  Kurang keyakinan diri

8. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv  Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan  Takut bunyi blender atau vacuum Speech delay

9. Semua mak buat sampai umur 6 tahun  Makan bersuap  Baju seluar dipakaikan  Tidak pandai menulis  Tak pandai makan sendiri Tak pandai baju seluar sendiri  Pakai diaper  “Tangan keras” tak pandai kutip benda halus  Delayed fine motor

 

Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kebanyakan berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang “denial” tak nak sedar kesilapan diri sendiri. Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu “tangan dah keras”, “lidah pun keras” nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun.

Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya.

Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan “setiap perkembangan anak berbeza” tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.

 

 

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja